Khamis, 7 Januari 2016

AYAM MASAK BALI




Bersihkan ayam.
Lumur kunyit dan garam (Tak perlu banyak)
Goreng dalam 10-15mins(jangan garing sangat)
Ketepikan.


Bahan kisar 
- Segenggam cili kering (rebus)
Blend bersama
- 5-6 biji bawang besar
- seinci halia
- sedikit belacan
- satu labu bawang putih

(Kisar halus)

6-8 batang serai dititik
8 tangkai daun kari..bersih dan asingkan dari batang

3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam

Kicap (5 kali titik)


Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai.
Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning(keluar bau dan separa garing)


Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus (api sederhana)


Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.


Masukkan kicap. Masukkan garam dan gula. Gaulkan


Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 mins (jaga api ya jgn sampai hangit)


Ok selepas tu jadilah hasilnya!

Sesuai dimakan dengan nasi ataupun ketupat

Cubalah! Insyallah menjadi dan confirm bertambah nasi.



TAUHU MODERN BERLAUK

ai keturunan jawa...tempe dan tahu memang tak boleh pisah...bukan la favorite tapi kalau ada lauk tahu tempe goreng cicah pulak dengan sambal kicap, perrgghhhh sape boleh tahan dek oiii....tapi mcm mna pon tahu tetap kurang dapat sambutan.
budak kecik, orang tua sekali pon klau ada tauhu diorg tak berapa nak makan...betul tak...
sebenarnya tahu boleh je di variasikan...

Ai suka tengok rancangan masak-masak..tak kira la mat salleh ke cina ke india ke..asal masak je mst nak tgk...nanti pepandaila tukar menu dia... dat day ai tgk dekat astro chaneel brapa xingat...dia masak tauhu....dia hancurkan then dia campur dengan onion, cili, saderi, n mcm2 lagi la then dia goreng... so ai pon try la buat kat rumah...wowwwww...superb....sedap...seriously...

so now ai jumpa someone yg shre resepi tauhu modern ni....lets try ok...


Resepinya:


200 g isi ayam atau udang
2 tiub tahu telur
4 ketul tahu biasa
2 biji telur
*Semua bhn di atas diblend halus.


1 biji lobak
2 biji cili merah
Sdkt daun sup
*Semua bhn dihiris halus


Caranya:


1. Semua bahan di atas yg tlh diblend dan dihiris dicampur dan digaul. 
2. Masukkan sdkt garam, lada sulah dan sdkt serbuk pati ayam. Gaul lg sehingga semua bahan bercampur sebati. 
3. Masukkan adunan td ke dlm loyang atau bekas. Panaskan periuk kukusan. Kukus dgn api sederhana selama 1/2 jam. 
4. Sejukkan adunan sblm dipotong. Bila nak goreng, salutkan dgn telur dan gorenglah sehingga kuning keemasan. 







SAMBAL HITAM PAHANG


hai gaisss.. now ai nak share resepi sambal hitam.
orang cakap sedap sangat sambal hitam ni makan dengan nasik panas-panas...tapi ai tak pernah try pon lg...
ni ai ada dpt resepi dia dari group lain dn i mntak nak share...terima kasih tuan punya...nama dia dh lupa apa..


Bahan :


1. Ikan Bilis - 100gm
2. Cili Kecik - 7 ulas ( ikut nak pedas byk mana )
3. Belimbing Berebus - 1 sudu besar ( Agak2 nak masam mcm mana )
4. Bawang Besar - 1 Biji 
5. Minyak ( agak2 kesesuaian )

Cara :


Tumbuk Cili hingga lumat..
Masukkan belimbing berebus dan tumbuk lumat juga,,
selepas itu masukkan ikan bilis dan tumbuk ( tp jgn lumat,agak2 jer.. tumbuk kasar ) kemudian masukkan bawang pun tumbuk ala2 jer jgn lumat. Panas kan minyak dalam kuali dan goreng.
masa goreng tu kena selalu kacau supaya masak sekata dan jgn terlalu garing nanti "over cook" tak sedap plak..



Note : Makan nasi panas2.. perghhh... mmg cukup menyelerakan " Sekali Merasa Hati Terpikat " gituh..



Selasa, 29 Disember 2015

AND IF WE PLANT FOOD INSTEAD OF GRASS?

Ai suka masak, ai suka tanam-tanam tapi bukan tanam pokok bunga mcm orkid ke ros ke apa segala bagai pokok bunga...tapi more to pokok herba mcm pokok sayur la...pokok pudina ke sometnh like that la.. 

hijau boleh datangkan ketengan dlm diri...

itu cara ai realise tension and hilang kan penat balik dari kerja
so, kat rumah ai yang sempit tu ai tetap buat 1 space untuk ai punya mini garden..

kerana apa??

senang nak masak bila nak guna...tak payah kalut nak cari dun sup ke daun kunyit ke daun pandan ke ataupn dun kesum ke kalau buatnya tengah-tengah malam datang mood nak masak kn..kan ke leceh nak beli daun kunyit sehelai kt market...bazir minyak lg..bazir duit lagi..masa pun bazik...so solutionnya is tanamlah pokok herba ni dirumah anda....

Ai bukan jenis tangan sejuk yang tanam pokok, senang hidup, pokok gemok..senang jaga..pokok ai tanam semua kurus2.... mcm asal tumbuh je...baja pon letak tapi x tau lah..
TAPI...
xpelah as long as dia nak jugak hidup dan mata ni nampak hijau2 banyak kat kawasan rumah...
gitttteeewwww....


ai ada space 3' je kat depan pintu rumah...rumah flat katenyee....jadilahh...


nampak tak...sedeehhh kan pokok2 ai....kurus je....sebenarnya taubat nak letak baja sebab sebelumni pokok sume mati sebab salah baja kot...dah tak berani nak letak lagi...takpe la skurang-kurangnya pokok masak ai tak de bahan kimia bagai kan...suci gitteewww...

HASILNYAAAA...


fefeeling jadi surirumah...ai buatla nasi ulam resepi sendiri sebab ai tak suka kelapa....
petai tuje ai beli kedai.....dan pokok kacang tu dah selamat mati dah pon.....
so how?? seronok kan ada pokok tanam sendiri...
cubalah kalau tak percaya.....

ANDDD........
in future ai teringin sangat nak ada rumah yang ada space tanah besar...fefeeling nak jadi petani modern gitteewww..






Very beautiful but... Too much work and kena ada banyak free time ni...its okey, in future punya hobby who know kan.. So from now kena buat saving nak beli tanah buat rumah then make my own dream garden..
katenyeeeee....


Isnin, 28 Disember 2015

NASI PUTIH tapi SEDAP



1. Waktu masak nasi, tambahkan sedikit garam, dan minyak
masak, itu akan membuat nasi menjadi kenyal
2. Titiskan sedikti cuka di dalam air, dan hasil dari nasi yang
di masak akan menjadi wangi.
3. Sisa nasi dikukus sekali lagi dan taburkan sedikit garam,
akan membuat rasa nasi seperti nasi baru.


Tips Memasak Nasi
1. Cuci beras: 


cuci beras tidak boleh melebihi 3 kali, sebab
melebihi 3 kali akan membuat serat dalam beras hilang, dan
akan membuat wangi dari beras berkurang. Ingat jangan cuci
beras melebihi 3 kali.


2. Rendam Beras: 
rendam dulu beras yang ingin dimasak
dengan air dingin selama 1 jam. Dengan cara ni beras akan
menyerap air, dan setelah dimasak, nasi akan kelihatan sangat
penuh.


3. Perbandingan Beras dan Air: 


ketika di masak, perbandingan
beras dan air adalah 1:12. Boleh juga dengan jari telunjuk kita
sebagai tolak ukurnya, asalkan air sampai kubu pertama dari
jari telunjuk kita saja sudah cukup.


4. Tambah Wangi: 


kalau beras di rumah adalah beras yang
sudah sangat lama, jangan risau, beras lama setelah
dikukus akan tetap memiliki aroma yang sama dengan nasi
baru. Dengan 3 cara di atas, menambahkan sedikit garam,
maka beras lama pun akan menjadi nasi yang aromanya tidak
kalah dengan beras baru.


'CHRUNCHY' SOTONG TEMPURA

Ni ai tak ingt ambil dari siapa resepi dan gambar ni tapi dah mntak izin lah... so sekarang mari kita share.

Ramai mengeluh buat sotong tempura... tepung tanggal lah tepung keras lah lemau lah meletop tak pun minyak jd itam. Hari ni bia ai nak share resepi dan teknik utk sotong tempura yg rangup dan salutan yg ringan. Here, ai sertakan sekali tips kepekatan batter (bancuhan) yg betul.



Tempura bermaksud saduran rangup yg ringan dan berongga. Ia tidak keras berkeping2 sebaliknya ia lebih crunchy. Tekstur saduran seakan2 'twisties' dan tidak flaky.



Semangkuk sotong.  guna bhagian 'ring' je. Susun gini atas napkin. Elak susunan yg menakung air. Teknik ni bertujuan menyejat air sotong & memendekkan masa menggoreng supaya sotong kekal lembut.
*Knp sotong slalu jadi bom bila digoreng? Inilah sbbnya..sbb air dlm sotong membuak keluar bila panas. Air tu yg tendang tepung smpai tanggal.

ok, sekarang dah mula nampak tak kenapa sotong kita selalu terkapai-kapai je dalam pinggan..
now, next step is........


Amik satu lg napkin letak atasnya dan tekan2 perlahan utk serap airnya. Biarkan sebentar. 
Guna sapu tgn pon blh. Make sure air pada sotong tu dah meresap pada napkin dengan sempurna.


Dalam bekas berpenutup: 

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder (wajib ada utk efek bubble rangup)
1 sdt garam
secubit kunyit (jgn byk nanti jd merah)
Kacau rata adunan ni dahulu
kemudian barulah masuk sotong, tutup & goncang bekas. Pastikan goncang rata. 
*ini bahan asas. Jika nak letak rempah kering lain silakan.


Hasilnya gini. 
Kemudian ambil sotong. Asingkan masuk tpt lain.



Tepung yg tinggal dari adunan goncang tadi di campur pula dgn air sejuk. (Air berais: airnya sahaja)
Ujian utk dpt konsistensi kepekatan yg betul :
Masuk air sedikit demi sedikit hingga dpt adunan spt dlm gambar. Uji dgn kaedah buat jalur pada sudu.


Kemudian sengetkan sudu. Pastikan jalur lambat bertaut tp mesti mengalir. Itulah kepekatan yg betul. 
Celup sotong satu persatu dan goreng dlm minyak yg panas hingga keemasan. Pastikan celup keseluruhan. Tempoh menggoreng jgn terlalu lama. Maksima seafood dlm takat didih cuma 2 minit. Utk goreng cukup sekadar seminit. Bergantung saiz sotong dan suhu.


Perhatikan saduran tepung nmpak ringan dan sedikit gelembung. Rangup sadurannya tetapi isinya kekal lembut. Selamat mencuba


Sabtu, 20 Jun 2015

HEALTHY BREAKFAST - it seems like woowww !!!!



Overnight Oats Berry Yogurt



- 3/4 cawan Greek yogurt (yang biasapun boleh)
- 1/3 cawan oat
- 1 sudu kecil chia seeds
- 2 sudu besar susu segar
- 1 cawan berries campuran beku (boleh juga ditambah buahan dalam tin)


_________________________________________________________________________________


Overnight Oats Berry Yogurt



- 3/4 cawan Greek yogurt (yang biasapun boleh)
- 1/3 cawan oat
- 1 sudu kecil chia seeds
- 2 sudu besar susu segar
- 1 cawan berries campuran beku (boleh juga ditambah buahan dalam tin)


_________________________________________________________________________________


Overnight Oats Blueberry Pisang Badam Yogurt



- 1 biji pisang (dilenyek)
- 1/3 cawan oat
- 1 cawan Greek yogurt
- 1 genggam blueberry
- 1 sudu besar badam (dihiris nipis)


_________________________________________________________________________________


Carrot Cake Overnight Oats



1 cup oats
1 cup susu
1 biji lobak merah, disagat
1 tsp kulit kayu manis
1 tsp mixed spice
1/2 tsp serbuk buah pala
1 biji pisang dilenyek

Adunkan semua dalam bekas, dan dibiarkan semalaman sebelum dimakan

_________________________________________________________________________________


Overnight Oats Mangga Markisa Delima



- 5 sudu besar oat
- 1 sudu besar chia seeds
- 1/2 cawan susu segar
- 1 sudu besar madu
- 1 biji mangga (didadu)
- 1 biji markisa
- 2 sudu delima


_________________________________________________________________________________

Overnight Oats bersama Berries Campuran



- 5 sudu besar rolled oats
- 1 sudu besar chia seeds
- 1/2 cawan susu badam (boleh juga gunakan susu segar biasa)
- 1 sudu madu (boleh juga gunakan maple syrup)
- 1 genggam berries campuran beku (strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, gojiberry dan sebagainya)

_________________________________________________________________________________


Overnight Oats with a Blueberry-Cashew Cream 



Ingredients

1/2 biji pisang dilenyek
1/2 cawan oat
1/4 cawan almond milk
1 sudu chia seeds
1 sudu flaxseeds

Blueberry-banana cashew cream:
diblender bersama

1/2 biji pisang(beku lebih baik)
1/2 cawan blueberries
1 Kurma/
2 sudu gajus
2-4 air atau susu

Satukan bahan 1 kedalam bekas
Blend bahan 2 dan masukkan di atas bahan 1

Simpan semalaman

_________________________________________________________________________________



Orchard Bircher Muesli overnight oat



1 + 1/2 Caan oat
1/4 cawan hazelnut cincang
Apricot annd prune dicincang
1/2 sudu serbuk kulit kayu manis
3/4 cawan apple jus
3/4 cup + 1/2 cawan almond milk

1/2 cawan buah cerry(dibuang biji)
1 sudu madu atau sirap maple







SAMBAL OH SAMBAL!!!!!



SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH



Resepi

-1 cawan belimbing rebus hitam
- cili padi secukup rasa pedas
-15 ulas bawang kecik merah
- 1 1/2 - 2 cawan bilis (tumbuk kasar)
- 1 cawan minyak utk menumis

 cara

~tumbuk lumat bawang - cili - belimbing rebus

~ gaul rata dengan bilis

~ tumis hingga garing dan naik minyak

makan dgn nasi putih + sambal + ulam + ayam/ikan/telur/ daging goreng

_________________________________________________________________________________



SAMBAL IKAN & KELAPA (SAMBAL NASI KERABU)


Resepi

-1 cwn kelapa parut
-1 cwn isi ikan bakar (tumbuk)
-1/4 cawan halia (racik & tumbuk)
-1/4 cawan serai (racik & kisar)
-1/2 cawan bawang kecik(racik& tumbuk)
- gula & garam secukup rasa
- 1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara:
-gorengkan kelapa parut hingga ringan dan kering
-masukkan semua bahan kecuali lada hitam dan goreng hingga bawang agak layu
- boleh tumbuk kalau suka klapa yg lebih halus
-nak mkn gaul dgn lada hitam

makan dgn nasi putih + sambal + budu + ulam + ayam/daging bakar


_________________________________________________________________________________



Sambal Belacan Brunei



Bahan-Bahan

1) 10 biji cili Thailand merah
2) 10 biji cili Thailand hijau
3) 1 inci belacan
4) 1/2 biji bawang besar hiris
5) 2 ulas bawang putih hiris
6) 1 sudu air asam jawa pekat
7) Sedikit minyak
8) Garam dan gula

Cara Membuat

1) Panaskan sedikit minyak, dan gorenglah cili merah, hijau, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan layu.
2) Kemudian masukan belacan yang telah di hancurkan dan goreng lah dengan api yang agak perlahan (Seketika sahaja).
3) Apabila sudah masak semua boleh lah diangkat dan toskan
4) Masukan bahan goreng ni dalam pengisar kering dan kisar seketika (Jangan hancur sangat)
5) Akhirnya, tambah garam,gula dan air asam jawa
6) Hidangkan dengan ulaman kegemaran.


_________________________________________________________________________________


SAMBAL TOK TOK



Segenggam ikan bilis, basuh goreng garing
Sebiji bwg besar hiris kasar*
15bj cili api (boleh tambah atau kurangkan)*
2 btg cili merah patah 2*
Sesikit belacan (optional)*
Sedikit asam limau
Goreng semua bhn * hingga layu
Agkat & tumbuk bersama ikan bilis.
Boleh tmbah sesikit gula & garam kalau suka.

_________________________________________________________________________________

PES TOMYAM



Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam

Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.

_________________________________________________________________________________

CILI JERUK



Bahan-bahan
.1/2 botol cuka buatan
.1 sudu makan gula
.Sedikit garam
.15 biji cili hijau

Cara-cara
.Basuh cili hijau dan toskan
.Potong cili hijau (jangan nipis sangat) dan ketepikan
.Masukkan cuka, gula dan garam dalam periuk
.Didihkan sebentar dan tunggu sejuk
.Masukkan cuka yang siap sejuk dalam balang
.Masukkan juga hirisan cili tadi
.Tutup rapat-rapat balang dan simpan dalam peti sejuk
.Atau boleh terus dimakan bersama mee @ kuey teow goreng

_________________________________________________________________________________



RESEPI AIR ASAM BERKERISIK



Bahan-Bahannya:

** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara Membuatnya:

Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap...


_________________________________________________________________________________

SAMBAL SOS KARIPAP/POPIA



BAHAN NYA :

800 GRAM GULA PASIR
500 ML AIR
200 GRAM GULA TIMBANG HITAM (DARK BROWN SUGAR)
3 KILO CILI BOH TANPA CUKA
GARAM JIKA SUKA

CARA NYA :

MASUKKAN KESEMUA BAHAN KEDALAM PERIUK ATAU GUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK SEPERTIMANA YANG TELAH PUAN DIWI TAIB GUNAKAN.

KEMUDIAN DIMASAK SEHINGGA MENDIDIH. JIKA AGAK PEKAT BOLEH TAMBAHKAN LAGI DENGAN SEDIKIT AIR JIKA SUKA. JIKA AGAK PEDAS BOLEH TAMBAHKAN LAGI DENGAN SEDIKIT GULA PASIR BERGANTUNG PADA SELERA MASING - MASING.

HIDANGKAN BERSAMA ROTI BOYAN, KARIPAP INDIA, POPIAH GORENG, POPIAH BASAH, KEROPOK LEKOR DAN SEBAGAI NYA.



cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...