Isnin, 28 Disember 2015

'CHRUNCHY' SOTONG TEMPURA

Ni ai tak ingt ambil dari siapa resepi dan gambar ni tapi dah mntak izin lah... so sekarang mari kita share.

Ramai mengeluh buat sotong tempura... tepung tanggal lah tepung keras lah lemau lah meletop tak pun minyak jd itam. Hari ni bia ai nak share resepi dan teknik utk sotong tempura yg rangup dan salutan yg ringan. Here, ai sertakan sekali tips kepekatan batter (bancuhan) yg betul.



Tempura bermaksud saduran rangup yg ringan dan berongga. Ia tidak keras berkeping2 sebaliknya ia lebih crunchy. Tekstur saduran seakan2 'twisties' dan tidak flaky.



Semangkuk sotong.  guna bhagian 'ring' je. Susun gini atas napkin. Elak susunan yg menakung air. Teknik ni bertujuan menyejat air sotong & memendekkan masa menggoreng supaya sotong kekal lembut.
*Knp sotong slalu jadi bom bila digoreng? Inilah sbbnya..sbb air dlm sotong membuak keluar bila panas. Air tu yg tendang tepung smpai tanggal.

ok, sekarang dah mula nampak tak kenapa sotong kita selalu terkapai-kapai je dalam pinggan..
now, next step is........


Amik satu lg napkin letak atasnya dan tekan2 perlahan utk serap airnya. Biarkan sebentar. 
Guna sapu tgn pon blh. Make sure air pada sotong tu dah meresap pada napkin dengan sempurna.


Dalam bekas berpenutup: 

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder (wajib ada utk efek bubble rangup)
1 sdt garam
secubit kunyit (jgn byk nanti jd merah)
Kacau rata adunan ni dahulu
kemudian barulah masuk sotong, tutup & goncang bekas. Pastikan goncang rata. 
*ini bahan asas. Jika nak letak rempah kering lain silakan.


Hasilnya gini. 
Kemudian ambil sotong. Asingkan masuk tpt lain.



Tepung yg tinggal dari adunan goncang tadi di campur pula dgn air sejuk. (Air berais: airnya sahaja)
Ujian utk dpt konsistensi kepekatan yg betul :
Masuk air sedikit demi sedikit hingga dpt adunan spt dlm gambar. Uji dgn kaedah buat jalur pada sudu.


Kemudian sengetkan sudu. Pastikan jalur lambat bertaut tp mesti mengalir. Itulah kepekatan yg betul. 
Celup sotong satu persatu dan goreng dlm minyak yg panas hingga keemasan. Pastikan celup keseluruhan. Tempoh menggoreng jgn terlalu lama. Maksima seafood dlm takat didih cuma 2 minit. Utk goreng cukup sekadar seminit. Bergantung saiz sotong dan suhu.


Perhatikan saduran tepung nmpak ringan dan sedikit gelembung. Rangup sadurannya tetapi isinya kekal lembut. Selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...