Khamis, 20 Julai 2017

SAMBAL NASI LEMAK BY AMELIA TAMBY HUSSIN



Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia

Bawang merah (lebih pun takpe)
Bawang putih (sedikit)
(Dikisar)

Belacan
Bawang merah (hiris)
Ikan bilis

Cili kering

Asam keping
Air asam jawa
Gula tebu
Budu

Minyak masak
(kalau boleh lebihan minyak
Goreng ikan bilis )

Mula mula panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Masukkan belacan. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan ikan bilis. Kacau lagi. Masukkan cili kering dan masukkan asam keping. Dah garing masukkan bawang merah hiris , gula tebu dan akhir sekali budu.

Boleh masukkan air asam jawa untuk
Menambahkan kemasaman lagi . Ikut suka .

Kalau letak budu dah rasa masin, tak
Perlu lagi tambah garam.

Nota .

Budu itu jangan letak banyak banyak. Cukup lah untuk merasakan sedap sedap sambal itu sahaja. Sambal akan ada rasa
Manis , masam , masin . Tapi lebih kepada lemak lemak macam tue . Yang buat sedap adalah budu dan gula tebu itu .


*Untuk sambal kerang/sotong/udang, boleh guna sambal yg sama cuma tambahkan sedikit bahan perisa lain untuk membezakan rasa sambal contohnya letak sedikit sos tiram untuk sambal kerang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...