Khamis, 20 Julai 2017

SPICY KOREAN FRIED CHICKEN

Bahan-bahan (perapan ayam):
  • - Kepak ayam
    - ½ cawan buttermilk

    Campuran tepung:
    - ½ cawan tepung ubi kentang
    - 1 sudu besar garlic salt
    - 1 sudu besar baking powder
    - 1 sudu besar lada hitam

    Bahan-bahan (sos):
    - 1 sudu besar madu
    - 4 sudu besar pes cili Korea (Gochujang)
    - 2 sudu besar sos tomato
    - 3 ulas bawang putih
    - ½ sudu besar kicap masin
    - 1 sudu besar cuka
    - 1 sudu besar minyak bijan

    Cara-cara (perapan ayam):
    1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit.
    2. Dalam mangkuk lain, gaul tepung ubi, baking powder, lada hitam dan garlic salt.
    3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung.
    4. Goreng ayam hingga keemasan.

    Cara-cara (sos):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
    2. Masukkan pes cili Korea (Gochujang), sos tomato, kicap masin, madu, minyak bijan, dan cuka. Gaul.
    3. Apabila sudah dimasak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul.
    4. Taburkan bijan dan daun bawang ke atas ayam.
    5. Siap untuk dihidang! :D



     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...