Khamis, 20 April 2017

:: SUP DAGING BEREMPAH ::



Bahan-Bahan:

Daging Sejuk ALANA 1/2 kilo - potong kecik ikut suka dan rebus sampai empuk.. Pastikan air rebusan tinggal dlm 1/4 - 1/2 periuk utk jadikan kuah sup (ikut suka nak kuah banyak mana)

Rempah Sup ADABI 3 sudu besor - bancuh air
Rempah Sup Bunjut 1
Gula Pasir 2 sudu besor
Garam dan ajinomoto
Kentang 4 biji - belah 6
Carrot 1 biji - potong panjang 
Serbuk lada sulah - 1/2 sudu besor

Bahan Hiris:
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia besor ibu jari tangan

Bahan Tumis:
Kayu Manis sebatang
Bunga Lawang 3 kuntum
Buah Pelaga 3 biji
Cengkih 4 kuntum

Bawang Goreng:
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 5 ulas
(Hiris tipis dan goreng dgn api kecik sampai kekuningan - angkat dan tos)

Cara-Caranya:
Guna semula minyak goreng bawang tadi agak-agak 1 - 2 senduk, tumis bahan tumis dan bahan hiris sampai garing dan naik bau.. Masukkan rempah sup yg dah bancuh air tu.. Gaul kejap.. Masukkan air rebusan daging... Masukkan gula, sup bunjut, kentang dan carrot... Biar mendidih... Masukkan pulak daging.. Biar sampai kentang empuk.. Boleh masukkan garam, ajinomoto dan lada sulah.. Gaul bagi sebati semua... Masukkan 2-3 sudu besor bawang goreng.. dan gaul sampai semua sebati.. Kentang dan carrot dah bebetul empuk.. Rasa masinnya semua.. Boleh hidangkan dan tabur dgn bawang goreng.. Boleh gak tabur dgn hirisan daun saderi (daun sup) kalau nak... 

Makan dgn nasi sedap.. Makan dgn bubur dan telor masin pun sedap.. Cicah roti pun mabeles..

P/S: Kalau sesapa yg suka sup dia pekat, bancuh tepung gandum 1 sudu besor dgn air.. dan masukkan dlm sup waktu tengah mendidih tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...