Khamis, 20 April 2017

:: SAMBAL KERING TELUR & IKAN BILIS ::



BAHAN-BAHAN:
Lada Kering Kerinting - 2 genggam, buang biji, rebus sampai lodoh, pastu bilas dan tos.. kemudian perah guna tangan buang semua air..

Ikan Bilis - 2 genggam (basuh dan perah kering)

Bawang Merah - 7 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Bawang Besar Bombay - 2 biji (potong wedges/kelopak)
Telur Ayam - 7 biji
Gula Pasir - 3 1/2 sudu besar
Air Asam Jawa - 2 sudu besar
Garam
Ajinomoto (kalau nak letak)
Minyak Masak - 1 cawan

CARA-CARANYA:
Tumbuk dgn lesung batu lada kering yg dah diperah tu.. Tumbuk sekali dgn gula, bawang merah dan bawang putih.. Kita eksesais bagi sado tangan tu.. Tumbuk sampai lumat.. Masukkan garam sikit dan ajinomoto.. sambung menumbuk..

Panaskan minyak dlm kuali dgn api kecik.. masukkan bahan yg ditumbuk.. guna belakang senduk atau sudip (seeloknya sudip/senduk kayu).. Masukkan bawang besar dan ikan bilis.. Genyeh je dgn senduk tu sampai lada tu agak garing.. Bila dah agak garing, masukkan air asam jawa.. Gaul lagi dlm 3-4 minit.. Cedok sambal dalam mangkuk dan biarkan minyak kekal dlm kuali..

Pecahkan semua telur sebiji-sebiji serentak dalam minyak panas tu dan biar garing.. pecah-pecahkan telur yg dah garing tu.. Pastu masukkan semula sambal yg dah kita asingkan tadi.. gaul sebati dan matikan api.. Setel!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...