Khamis, 20 April 2017

:: CHEESY BUNS FOR BREAKFAST ::



Bahan-Bahan:

Roti Kentang - 5 buku (beli kat Tesco atau Giant.. roti yg atas dia ada kentang tu.. labelled as Potato Bread.. Belah dua.. Atok guna roti ni sebab beli dah 2-3 hari... dah keras.. Makan camtu je dah tak sedap.. Buat camni memang mabeles!! Rangup di luar dan moist di dalam dgn melted butter)

Butter - room temperature
Grated Cheddar Cheese - segenggam (kalau takde boleh ganti dgn cheese slice tu dlm 6 keping atau lebih ikut suka)
Mayonaise - 2 sudu besar
Mustard - 1 sudu besar
Serbuk Lada Hitam - 1 sudu teh

Cara-caranya:

Gaul mayo, lada hitam, mustard dan cheese dlm mangkok.. Biar sebati.. (kalau guna cheese slice tu, siat2kan kecik2 dulu)

Sapu butter kat roti tu.. Banyak2 baru sedap.. 

Panaskan oven 180'c (api atas bawah)... Bila dah panas, masukkan roti yg bersapu butter tu.. Biar butter cair meresap kat roti... Keluarkan kejap, letak adunan cheese tu atas roti.. Letak la rata-rata.. Anggaran 1 sudu besar utk sebijik roti.. Masukkan balik kat oven dan bakar dlm 7-10 minit (atau bila cheese tu nampak dah cair dan garing)..

Keluarkan... dan enjoy!!! Kena dgn freshly squeezed orange juice atau kopi o kaw... Lupa camne rasa nasik lemak dah.. hehehe~~

Note: Kalau nak ganti dgn roti Gardenia pun boleh.. Jadi la cheese on toast..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...