BAHAN-BAHAN:
Ikan Kering Sepat 4 ekor - potong 2, basuh dan rendam 30 minit pastu tos
Udang 1/2 kg - buang sesungut dgn muncung je..
Santan dari sebijik kelapa - campur garam secubit, gaul (ni petua tanak santan tu pecah)
Nenas 1/2 biji - potong ikut suka camne
Serai sebatang - ketuk je
Bawang Besor 1 labu - hiris nipis2
Lada Hijau/Merah 2 biji - hiris serong nipis
Asam Keping 1
Gula 2 sudu besor
Ajinomoto (kalau nak letak)
Bahan Blend:
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Kunyit Hidup besor ibu jari tangan
Cili Padi 7 biji
CARA-CARANYA:
Panaskan sikit minyak, pastu tumiskan bawang besor, lada besor dan serai sampai layu.. Bila dah layu, masukkan bahan blend.. Pastu masukkan gula.. Gaul sampai yg blend tadi tu hilang bau ladanya.. Masukkan santan separuh, boleh letak air sikit pastu masukkan asam keping dan nenas.. Biar api kecik dan nenas sampai lembut.. Bila nenas dah nampak lembut, masukkan ikan masin dan baki santan... gaul lagi dlm 5 minit.. masukkan ajinomoto sikit... Pastu dah boleh masukkan udang... Biar dlm 10minit dan boleh matikan api.. Setel! Lauk ni takyah letak garam yer..
Sesapa nak SHARE, silakan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan