Khamis, 20 April 2017

:: MEE HAILAM MELETOP ::



BAHAN-BAHAN:
Mee Kuning - sepeket (basuh dan tos)
Bawang Putih - 5 ulas (ketuk dan cincang)
Serbuk Lada Sulah - 3 sudu besar
Minyak Bijan - 1 sudu teh
Lada Merah - 2 biji (hiris utk hiasan)
Tepung Jagung - 1 sudu besar (bancuh dgn air)
Air Panas - 4 gelas
Telur : 5 biji
Gula Pasir - 1 sudu besar
Garam (kalau kurang masin)
Ajinomoto sikit

Sos-Sosnya:
Sos Tiram - 4 sudu besar
Kicap Manis - 5 sudu besar (atok guna cap Kipas Udang)
Kicap Manis ABC - 2 sudu besar
Kicap Cair - 5 sudu besar
Sos Tomato - 1 sudu besar
Sos Cili - 2 sudu besar
Kicap Pekat Karamel - 1 sudu besar

Bahan Rencah:
Udang - 10 ekor (buang kulit)
Sotong Saiz Sederhana - 5 ekor (potong bulat)
Fish Ball - 1 peket (belah dua)
Isi Ayam - 1/2 mangkuk (potong kecik)

Bahan Sayur:
Bunga Kobis - 1/2 mangkuk
Lada Benggala - 1/2 biji (potong panjang)
Carrot - 1 biji (potong bulat)
Cendawan Straw - 1 peket
Cendawan Butang Dalam Tin - 1 tin (guna yg dah siap sliced)
Putik Jagung - 1 peket (dihiris)
Sawi - 4 tangkai

CARA-CARANYA:
Panaskan minyak sikit dlm kuali, tumis bawang putih sampai garing.. masukkan isi ayam.. pastu masukkan semua sos..Boleh masukkan air panas.. Biar mendidih.. masukkan gula, lada sulah, garam dan ajinomoto.. Hati2 bila letak garam sebab sos tu dah masin.. Bila mendidih, masukkan udang, sotong dan fish ball.. biar mendidih dan sebati.. Pecahkan telur.. biar telur masak.. Boleh masukkan semua sayur pasni.. Gaul lagi.. JANGAN biar sayur lama atas api.. nanti tak rangup!

Last sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan minyak bijan.. gaul dan matikan api..

CARA MENGHIDANG;
Cedok kuah masukkan dalam kuali berasingan, masukkan mee dan gaul biar mee masak.. angkat dan hidangkan.. tabur lada potong sikit..

Dengan cara ni, mee tak kembang dan kuah tak kering.. ada orang suka masukkan semua mee dalam kuah.. Sejam je pastu kuah semua kering dan mee kembang.. mee hailam kalau takde kuah, tak sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...