Khamis, 18 Jun 2015

ROTI JHON



Resipi patties/burger/meatball:

680 g daging, diketuk dan dikisar 
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam ground black pepper
1/2 sudu teh sos Worcestershire
1 biji telur

Cara buat:

1. Campur kesemua bahan ini di dalam mangkuk. Kepal dan bentukkan ikut kesukaan (sama ada nak jadikkannya burger/bebola). Ketepikan. 

* Boleh dapat 4 keping patty dari adunan ini.


Resipi inti roti John:

Minyak/mentega untuk tumisan
1 biji bawang besar, potong dadu
1 keping burger buatan sendiri (dari resipi di atas) (boleh juga beli hat dah siap/guna daging segar terus/daging kisar)
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk rempah mandi
6 batang baby carrot, cincang kasar
Hirisan kobis, ikut kuantiti yang diingini (lebih kurang segenggam)
2 biji telur
2 batang daun sup

Cara buat:

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak/mentega. Tumis bawang hingga naik bau.

2. Masukkan burger buatan sendiri yang dihancurkan, serbuk kari dan serbuk rempah mandi. Biarkan masak selama 10 minit atau hingga kering.

3. Tambahkan lobak. Masak hingga empuk.

4. Masukkan hirisan kobis, balik-balikkan sekejap. Tutup api.

5. Dalam mangkuk lain, pukul telur. Tambahkan daun sup & masukkan bahan yang telah dimasak. 

6. Panaskan skillet/pemanggang ajaib. Sapu nipis mentega di atasnya. Ambil roti hotdog gardenia, belah tengah jangan sampai putus. Sapu mentega di bahagian dalamnya. Panaskan roti ini di bahagian bermentega sahaja. Bila keperangan, ketepikan.

7. Masukkan adunan inti roti John ke dalam skillet/pemanggang tadi. Masakkan sebentar. Telangkupkan roti hotdog ke atas adunan inti tadi. Tekankan ia sedikit. Tutup pemanggang ajaib. Biarkan seketika. Terbalikkan pemanggang ajaib. Keluarkan roti john yang telah siap masak.


Nota:
- Boleh dihiaskan dengan salad, tomato, timun, mayonis, mustard, sos cili, hirisan bawang. Ikut selera memasing. 

- Inti roti John ini dapat menghasilkan 5 roti john dari roti hotdog Gardenia. 




cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...