Khamis, 18 Jun 2015

QUICHE


Bahan Kulit

75 g mentega tanpa garam
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150 g tepung gandum
25 g keju parut
1 sudu besar makan air sejuk

Cara buat kulit:

1. Campur mentega, garam, telur, tepung gandum, keju parut dan air sejuk. Uli hingga menjadi doh dan tutup dengan plastik. Sejukkan selama 15 minit dalam peti sejuk.

2. Canai nipis adunan. Cetak di dalam acuan pai. Cucuk dengan garfu. 

3. Bakar selama 20 minit dengan suhu ketuhar 160°C sehingga setengah masak.

Pilihan : Boleh ganti kulit ini dengan puff pastry. Masukkan dalam bekas ramekin/muffin sebagai alas membakarnya.


Bahan inti:

1 labu bawang besar, cincang/dadu halus
8 batang crab meat, potong kecil
100 g cendawan butang, hiris halus
150 g kentang, parut kasar
Bayam, dalam segenggam dua
2 sudu besar EVOO untuk menumis (saya guna PEVOO - Palestine Extra Virgin Olive Oil. ) 
3 biji telur
1/2 sudu besar garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk pala (nutmeg)
225 ml susu cair
Keju mozarella untuk taburan

Cara buat inti:

1. Tumis bawang besar dengan EVOO hingga terbit aroma. Sekiranya mahu, boleh tukar juga kepada mentega. Masukkan crab meat, cendawan dan kentang. Tumis hingga layu. Tambah bayam. Balik-balikkan. Angkat dan ketepikan.

2. Pukul ringan telur, garam, serbuk lada sulah & serbuk pala. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.

3. Masukkan tumisan tadi. Kacau rata. Tuangkan ke dalam pai.

4. Bakar selama 40 minit sehingga setengah masak dengan suhu 160°C. Keluarkan. Taburkan dengan keju mozarella.

5. Bakar lagi selama 20 minit dengan suhu yang sama hingga masak.

Nota:

1. Sejukkan sebelum dipotong.

2. Kalau mencampurkan adunan kulit menggunakan tangan, jangan terlalu ditekan-tekan. Gunakan hujung jari sahaja.

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...