Khamis, 18 Jun 2015

BAKED PASTA




Bahan-bahan:

250 g penne (belum masak, masak ikut cadangan)
Minyak zaitun, untuk menumis
1 biji bawang besar, cincang
3 biji bawang putih, cincang
400 g ayam kisar
100 g udang, buang kulit
8 biji cendawan butang, hiris nipis
2 biji tomato, potong dadu
1/2 sudu besar serbuk cili
200 g pati tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk oregano
Sedikit daun oregano kering
Garam & gula secukup rasa
Keju mozarella untuk taburan
Sedikit daun parsli kering

Cara buat sos bolognese:

1. Panaskan minyak zaitun.
2. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sampai wangi.
3. Masukkan ayam cincang, udang & cendawan. Biarkan masak.
4. Masukkan tomato & serbuk cili. Masak sebentar.
5. Masukkan puri/pati tomato, lada hitam dan oregano. Gaul rata. Biarkan masak 3-5 minit.
6. Perisakan dengan garam dan juga gula.
7. Bila masak dan sedikit kering, masukkan penne. Balik-balikkan hingga sebati. Tutup api & ketepikan.

Bahan sos bechamel:

3 sudu besar mentega/majerin
2 sudu besar tepung
500 ml susu segar/rendah lemak/cair

Cara buat sos bechamel:

1. Panaskan mentega.
2. Masukkan tepung. Gaul rata. Kecikkan api.
3. Masukkan susu. Kacau hingga menjadi sos. Angkat & ketepikan.


Cara susun:

1. Ratakan pasta di bahagian bawah.
2. Kemudian ratakan pula dengan sos bechamel.
3. Ulang langkah 1-2.
4. Pada lapisan sos bechamel yang terakhir, taburkan keju mozarella & taburkan atasnya dengan parsley. 


Info:
1. Resipi ini boleh digunakan untuk membuat lasagna.
2. Boleh tabur cheese in between sos bechamel & pasta juga.
3. Boleh masukkan sayuran lain juga sekiranya suka.
4. Boleh juga guna sos bolognese yang ready made.
5. Boleh ganti sos bechamel dengan sup cendawan segera juga. Saya guna cendawan liar. Sekotak ada 3 paket. Guna 1 paket saja. Caranya : Masukkan serbuk cendawan liar tu + 200ml susu segar ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Tutup api. Masukkan 1/2 sudu besar tepung jagung untuk memekatkannya. Kacau pantas hingga tidak berketul & ketepikan. 




cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...