Khamis, 20 Disember 2012

CUCUR SOSEJ JAGUNG

semalam petang, budak2 memang ramai kat rumah (kazen-kazen) baik kecik baik yg dh tua..bila ramai camni, benda yg ada kat kepala ialah, makan... so, bila tengah santai- santai gini, mstila nak ada makanan yang simple dan tak heavy...i memang suka jamu orang makan tapi kalau rajin la....lagi kalau sedara mara ramai kat rumah, mood nk masak2 and makan2 memang la superb...

so,apa yang simple selain cucur goreng!...kitorang kat sini tak panggil cucur, tapi panggil jemput jemput. tengok lah, kalau campur bawang jadilah jemput2 bawang, bilis, kentang and so on lah....bosan juge asyik makan cucur yang sama...terfikir pula why not cuba buat cucur versi moden...ala2 mat salleh gitu..haaa...kan....


i pun geledah la apa yang ada dalam fridge...haaa..tudiaaa...ada sosej, ada batang sadri...ada mozarella...teringat i pernah baca resepi dari kak ida, blogger tip top tu...hmm, cara ni..jom try...bukak cabinet, cari pulak bahan yang boleh di ubahsuai untuk di campur dalam cucuq special tu..mushroom tin, frozen corn, kucai...dan finally....yihhaaaaa....




ok, now how to proses bahan tadi....

blend kan semua bahan tadi - sosej, celeri, bawang, cili, jagung dan fresh mushroom...jangan lumat sangat sebab nak bagi texture dia cantik....berapa banyak uolls nak masukkan bahan tu, its up to u mana nak banyak mana nak sikit, ikot selera tekak masing masing.

masukkan dalam magkuk then kalau suka letak daun kucai, boleh letak tp i prefer daun sup, dia ada aroma daun tu nanti kalau makan..hehe..nak makan pun nak jugak fefeeling wangi wangi...gituu....ok now, masukkan tepung, garam, gula dan soda (soda jangan banyak sangat, sikit je mgkin 1/4 sudu teh)...tuangkan air suam sedikit-sedikit dan kacau hingga mendapat texture macam ni...




ok now, dah ready utk next proses - menggoreng....and tadaaa...siap....
i berani jamin, if sebelum ni, anak2 uols, adik2 kecik uols pandang sebelah mata pon tak kalau tengok cucur bawang biasa tu, la ni uols buat cucur ni, bagi diorang makan, confem mengadap sampai kekenyangan...

sooo...selamat mencubaaaa....



Selasa, 6 Mac 2012

SEJARAH AKAN TETAP JADI SEJARAH

Awak.
Ingat lagi tak kisah lama saya dan awak?
Cerita suka dan duka kita.
Bila dikenang kembali kisah itu mengundang gelak.
Masa yang paling indah adalah masa kita bertemu.

Saya kenal awak dari kedai tempat saya kerja.
Rasa suka telah ada walau kita belum kenal.
Awak seorang lelaki yang menjadi kebanggaan saya.
Entah macam mana dan kenapa suka itu boleh bercambah.

kenyataan kemudian bertindak memilukan hati saya.
Sejak itu saya ingat awak cuma tinggal kenangan.
Kenyataan yang takkan saya lupakan.
Segala salah faham menjadi lafaz yang tersimpan.
Nama unik awak tetap kekal di ingatan.

Tanpa saya sangka satu hari takdir telah menentukan.

Awak menyatakan hasrat hati awak
Yang peliknya hati saya untuk awak masih ada lagi.
Awak juga menunjukkan isyarat pada saya awak masih ada hati.
Dalam diam dua-dua senyum lebar sepanjang hari.
Kisah lama kembali terlakar tanpa saya sedari.


Awak.
Tahu tak awak semuanya berubah sebab awak?
Dari pendiam menjadi becok bercakap kerana awak.
Dari penakut menjadi berani atas nasihat awak.
Dari hati batu menjadi sensitif kerana awak.

Saya sendiri pelik dengan perubahan diri saya.
Setiap masa awak bagai sentiasa ada di sisi saya.
Puas saya menidakkan semua ini sebab saya takut ianya hanya sementara.
Tapi saya kalah dengan hati dan perasaan sendiri juga.
Saya sedar yang kali ini saya memang telah jatuh cinta.

Sejak saya kenal erti suka saya sudah mula berubah.
Semua yang saya buat mula jadi tak tentu arah.
Saya yang pemarah sudah boleh kawal lemah.
Orang lain kata ada sesuatu yang mengubah.
Saya cuma diam mengiyakan memang sudah.

Hati saya sudah dimiliki oleh lelaki biasa yang ada rasa cinta.
Tidak sehebat sesiapa tapi cukup hebat dimata saya.
Apa saja tingkahlaku awak semuanya cuma menambah suka.
Terkadang gila-gila terkadang luar biasa.
Ah, awak memang istimewa pada pandangan mata saya.



Dari perempuan lasak awak ubah jadi sopan.
Walau tak cantik kata awak masih boleh tahan.
Dari hujung rambut hingga hujung kaki awak buat perubahan.
Tiada lagi kata-kata kasar yang saya keluarkan.
Sebab awak, saya kembali menjadi 'perempuan'.

Tapi orang sekeliling mula pandang serong.
Mereka kata mana padan saya dengan awak.

Saya cuma akan memalukan keluarga kalau mereka dapat tahu hubungan kita.
Sebabnya kerana awak telah berkeluarga.
Saya sedih, saya mengadu pada awak.
Berkali awak tanya pada saya.
Ikhlas ke saya terima awak 
sedangan saya tahu awak tak dapat memewahkan hidup saya.
Sanggup ke saya terima awak sedangkan saya tahu siapa awak
Berkali jugak awak tanya pada saya, sanggup ke saya terima awak.
Mampu ke saya bertahan dengan kata-kata orang sekeliling.
Saya hanya menangis kerana saya terlalu syangkan awak.
Saya tak peduli apa orang nak kata.
Yang penting saya tahu awak ikhlas sayangkan saya.
Berkali awak pesan jangan layan mereka.


Apa yang mereka cakap hanya kerana rasa iri hati.
Saya tahu masih jauh perjalanan dengan awak.
saya sedar ramai yang menentang perhubungan saya dengan awak.
saya sedih.
Teramat sedih.

Awak.
Tahu tak apa yang buat saya rasa sangat bertuah?
Bila dalam keadaan genting nafas awak tak pernah lelah.
Awak atasi masalah tanpa sedikitpun rasa lemah.
Dalam masa yang sama awak tetap disebelah saya.

Walau apa pun dugaan yang mendatang.
Awak tetap disisi saya.
Menjadi penguat saya.
Saya terlalu tertekan dan sedih ketika ini
Syukur awak ada.
awak sentiasa memberi semangat pada saya
Buat saya makin yakin yang awak untuk saya, 
awak takkan pernah menyerah.

Demi saya, banyak yang telah awak korbankan.
Masa lapang yang sikit pada saya awak luangkan.
Ego kelelakian depan saya awak jatuhkan.
Saya bukan mata duitan.
Tapi awak terus-terusan beri perhatian yang menggilakan.

Awak,

Dia terlalu marahkan saya, dia benci saya.
Depan dia awak selalu pertahankan saya.
Sebab kata awak, cinta awak dah lama padam untuk dia.
Bertahun lamanya.
Tapi dia tak dapat terima hakikat itu.
Bagi dia saya penyebab utama awak berubah.
Memang satu dunia akan menyalahkan saya.
Saya perampas.
awak,
saya bukan perampas kan?
Jadi sekarang dia ada agenda yang hendak dilakukan.
Tanpa saya dan awak ketahui.
Hubungan terahsia saya dan awak telah dihebahkan.

Dia terlalu puas dengan apa yang dilakukan.
Biar semua tahu saya perempuan jahat yang merosakkan rumahtangga orang.

Awak,
saya mintak maaf atas semua ini.
Saya tak sanggup tengok awak petang tu.
Sumpah saya tak boleh terima sampai ke hari ni.
saya jadi pendendam.
pada dia yang mencipta semua persengketaan ni.
hari ke hari minggu ke minggu.
saya masih terbayang-bayang
tiap malam saya menangis ingat semua ni
saya tak sanggup terusan begini.
saya terlalu sayangkan awak


awak,
kerana dia hubungan saya dan awak jadi begini
kita susah nak jumpa.
kita semakin jauh
semakin jauh.


awak pula semakin tertekan dengan semua ini...
mana nak memikirkan saya, 
dia lagi yang semakin memberi tekanan pada awak
akhirnya awak selalu biarkan saya sendirian.
awak, saya mintak maaf
saya sangat-sangat perlukan awak.
saya takut hilang awak.
jangan biarkan saya menangis sendri
saya perlukan awak jadi penguat saya.
hanya awak.


Puas saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan kenyataan.
Dan bila saya pandang awak, saya yakin dengan keputusan yang saya lakukan.

saya nekad dengan keputusan saya
Saya harap Allah memudahkan perjalanan untuk saya.

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...