Khamis, 7 Januari 2016

MALTY MEATY CHEESY LASAGNA



          




Ni bahan2nya..utk white sauce n meat sauce..


ok panaskan minyak zaitun/minyak masak biasa pun blh je dlm 3 sudu..tumis bawang holland sebiji,bwg putih 3ulas n capsicum (cili benggala hijau) stgh biji..tumis smp naik bau


masuk daging kisar ramly satu peket..pastikan betul2 dh lembut ye..hancur2kn dgn jari supaya xberketul


dh balik2kan daging tu,ketepi kan..masuk cili kisar (mcm biasa tu..cili kering,bwg merah n beg putih) ikut suka la nk byk mane..letak lada hitam halus sikit..garam secukup rasa..tumis smp masak betul


masuk cendawan butang yg dipotong cam dlm gambar atas tu..ni sy beli yg dh siap potong (malas kan..haha)


dh masak kejap,masuk 4sudu besar sos spegethi cendawan/ori..letak gula stgh sudu..


letak air stgh cawan..masak dlm 3minit..siap! letak tepi


Ni nk buat white sauce;
panaskan periuk,cairkan suku buku buttercup,masuk bwg putih yg dihiris 3ulas..


dah naik bau tumis td,masuk susu low fat/fresh milk dua cawan


masuk air panas suku cawan...masuk keju cheddar/cheese dale keping tu pun blh 4keping..ni sy pkai cheddar block suku buku..letak lada hitam halus satu camca n garam satu camca..biar masak smp cheese tu larut


masuk 3 sudu besar tepung gandum..terus kacau smp tidak berketul


macamni ya..pekat likat xmo cair sgt xmo likat sgt okey..siap!


panaskan air dlm kuali,letak minyak masak dua sudu,garam satu camca kecil..biar melegak


celur kulit lasagne smp lembut..tp jgn smp lembik sgt..cara sy lapiskan mmg cepat..smbil lapis smbil rebus kulit..jd jimat masa (walaupun ni kulit instant,tp sy dh buat try n error,mmg kene celur dulu sbb nti keras,xbest)


sy guna aluminium oil pakai buang tu utk bake..malas nk cuci tray..haha..1st lapisan mesti meat sauce ok..xyah tebal sgt..buat camni


sementara tu kulit td dh lembut..terus angkat n lapiskan camni


lepastu letak white sauce pulak..camni


pastu tabur mozarella cheese


pastu kulit


meat sauce balik


kulit n white sauce lagi


last skali mozarella cheese ikut la byk mane uolls suke


tadaaa..siap!


ok sambil tu panaskan oven 180•c n bila oven dh panas,bake la lasagne kita tu 30minit api atas bawah..pastu lg 5minit tu tukar api atas shj n kuatkan ke 220•c utk dapatkan permukaan yg cantik macammmmm


Niiiii...hihihi...selamat mencuba






credit to AISYAH SHUKOR

AYAM MASAK BALI




Bersihkan ayam.
Lumur kunyit dan garam (Tak perlu banyak)
Goreng dalam 10-15mins(jangan garing sangat)
Ketepikan.


Bahan kisar 
- Segenggam cili kering (rebus)
Blend bersama
- 5-6 biji bawang besar
- seinci halia
- sedikit belacan
- satu labu bawang putih

(Kisar halus)

6-8 batang serai dititik
8 tangkai daun kari..bersih dan asingkan dari batang

3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam

Kicap (5 kali titik)


Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai.
Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning(keluar bau dan separa garing)


Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus (api sederhana)


Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.


Masukkan kicap. Masukkan garam dan gula. Gaulkan


Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 mins (jaga api ya jgn sampai hangit)


Ok selepas tu jadilah hasilnya!

Sesuai dimakan dengan nasi ataupun ketupat

Cubalah! Insyallah menjadi dan confirm bertambah nasi.



TAUHU MODERN BERLAUK

ai keturunan jawa...tempe dan tahu memang tak boleh pisah...bukan la favorite tapi kalau ada lauk tahu tempe goreng cicah pulak dengan sambal kicap, perrgghhhh sape boleh tahan dek oiii....tapi mcm mna pon tahu tetap kurang dapat sambutan.
budak kecik, orang tua sekali pon klau ada tauhu diorg tak berapa nak makan...betul tak...
sebenarnya tahu boleh je di variasikan...

Ai suka tengok rancangan masak-masak..tak kira la mat salleh ke cina ke india ke..asal masak je mst nak tgk...nanti pepandaila tukar menu dia... dat day ai tgk dekat astro chaneel brapa xingat...dia masak tauhu....dia hancurkan then dia campur dengan onion, cili, saderi, n mcm2 lagi la then dia goreng... so ai pon try la buat kat rumah...wowwwww...superb....sedap...seriously...

so now ai jumpa someone yg shre resepi tauhu modern ni....lets try ok...


Resepinya:


200 g isi ayam atau udang
2 tiub tahu telur
4 ketul tahu biasa
2 biji telur
*Semua bhn di atas diblend halus.


1 biji lobak
2 biji cili merah
Sdkt daun sup
*Semua bhn dihiris halus


Caranya:


1. Semua bahan di atas yg tlh diblend dan dihiris dicampur dan digaul. 
2. Masukkan sdkt garam, lada sulah dan sdkt serbuk pati ayam. Gaul lg sehingga semua bahan bercampur sebati. 
3. Masukkan adunan td ke dlm loyang atau bekas. Panaskan periuk kukusan. Kukus dgn api sederhana selama 1/2 jam. 
4. Sejukkan adunan sblm dipotong. Bila nak goreng, salutkan dgn telur dan gorenglah sehingga kuning keemasan. 







SAMBAL HITAM PAHANG


hai gaisss.. now ai nak share resepi sambal hitam.
orang cakap sedap sangat sambal hitam ni makan dengan nasik panas-panas...tapi ai tak pernah try pon lg...
ni ai ada dpt resepi dia dari group lain dn i mntak nak share...terima kasih tuan punya...nama dia dh lupa apa..


Bahan :


1. Ikan Bilis - 100gm
2. Cili Kecik - 7 ulas ( ikut nak pedas byk mana )
3. Belimbing Berebus - 1 sudu besar ( Agak2 nak masam mcm mana )
4. Bawang Besar - 1 Biji 
5. Minyak ( agak2 kesesuaian )

Cara :


Tumbuk Cili hingga lumat..
Masukkan belimbing berebus dan tumbuk lumat juga,,
selepas itu masukkan ikan bilis dan tumbuk ( tp jgn lumat,agak2 jer.. tumbuk kasar ) kemudian masukkan bawang pun tumbuk ala2 jer jgn lumat. Panas kan minyak dalam kuali dan goreng.
masa goreng tu kena selalu kacau supaya masak sekata dan jgn terlalu garing nanti "over cook" tak sedap plak..



Note : Makan nasi panas2.. perghhh... mmg cukup menyelerakan " Sekali Merasa Hati Terpikat " gituh..



cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...