Resipi:
250 g tepung gandum
50 g tepung beras
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam
Cara buat:
1. Kisar semua bahan sampai sebati.
2. Tuang dalam botol muncung tiga (acuan roti jala pagar).
3. Picitkan adunan secara melintang dan menegak atas skillet yang telah dipanaskan & disapukan minyak terlebih dahulu. Biarkan adunan masak.
4. Setelah masak, terbalikkan roti jala atas pinggan.
5. Lipatkan bahagian tepi ke tengah & gulung dari hujung ke hujung.
Nota:
* sekiranya lebar menjala kuih ini, hasilnya akan lebih montok dan bulat.
* boleh dimakan dengan kari/kuah durian dan lain-lain.
Resipi kari ayam (Bahan A):
1 ekor ayam (potong kecil)
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam Babas
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam Alagappas
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau pun cili kisar
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
4 biji kentang (belah 4)
3 biji tomato (belah 4)
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan B (untuk menumis):
6 biji bawang merah (diracik)
4 biji bawang putih (diracik)
2 inci halia (diracik)
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara buat kari:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili atau pun cili kisar yang dibancuh dengan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk.
4. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan hingga pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi, roti, pulut atau pun ketupat.