2.5kg ayam
3 batang seleri, potong
1 batang lobak merah, potong
1 biji bawang besar, belah 4
1 batang daun bawang, ambil bahagian putihnya sahaja
6 tangkai parsley
1/2 sudu teh thyme kering
1 keping daun bay
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh biji lada hitam
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam stockpot. Masukkan air secukupnya. Masak dengan api sederhana panas hingga mendidih.
2. Rendahkan suhu. Tutup periuk. Biarkan selama 3 jam. Lagi lama waktu diambil untuk memasak stok ni, lagi baik.
3. Menggunakan penapis atau kain muslin, tapis stok ini. Ambil airnya sahaja. Biarkan pada suhu bilik. Simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais.
Nota:
* Jika diletakkan di ruangan bawah, ia mampu bertahan seminggu. Jika dibekukan, ia boleh bertahan selama 6 bulan.
** Menghasilkan lebih kurang 2 liter stok ayam.
Resipi casserole:
1 biji bawang besar
1/3 cawan mentega/3 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar tepung
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan chicken stock/broth
1 cawan susu segar
4 cawan ayam, dipotong & dimasak dahulu (bakar, goreng, terpulang)
4 cawan nasi
1 cawan cendawan
1 batang brokoli
6 biji tomato ceri
1 biji lada benggala hijau/merah
1 sudu teh parsley segar, dicincang
200 g keju parmesan
100 g keju mozarella
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak atau mentega. Masukkan bawang. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan tepung, garam dan lada hitam. Masukkan chicken broth sedikit demi sedikit. Biarkan hingga mendidih dan pekat.
3. Masukkan susu segar, ayam, nasi, cendawan dan sayur-sayuran. Gaul hingga sedikit kering.
4. Masukkan ke dalam bekas casserole, taburkan sedikit parsley, keju parmesan dan keju mozarella. Bakar tanpa penutup dengan suhu 170°C, selama 20 minit. Tabur dengan baki parsley tadi.