Khamis, 18 Jun 2015

AYAM MASAK LEMAK CILI API




Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 
1 inci kunyit hidup 
2-3 batang serai (dititik) 
santan (dr sebiji kelapa) 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas bolehLAH ditutup apinya..

Nota: 
Kalau suka kentang, masukkan selepas masukkan santan k
edalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk. 



cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...