Khamis, 18 Jun 2015

AYAM KEPAK MASAK BIJAN



Bahan -bahan: 
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
Sesame oil/Minyak bijan 
Serbuk lada hitam 
Fish sauce/Sos ikan 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
Sos tiram 

Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. 


AYAM MASAK CENDAWAN (CHINESE STYLE)






Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 

Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS




Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 

Bahan-bahan B: 
5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling 
Sedikit kunyit hidup 
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit cuka masak 
Garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan: 
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.



IKAN MASAK BERLADA




Bahan-bahan: 
3 ~ 4 ekor ikan keli (terpulang ikan apa)
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
air limau kasturi 
sedikit garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 
atas

KAN SIAKAP KUKUS






Bahan-bahan: 
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

UADANG MASAK SERAI WANGI




Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 



Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 



SUP TULANG




IKAN SAMBAL HIJAU




BUTTERMILK CHICKEN SPICY






AYAM PANGGANG BERMADU




Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 
atas 

TELUR REBUS GORENG BEREMPAH




10 biji telur (rebus dan gorengkan sekejap)
1 biji bwg besar (potong bulat)
4 ulas bwg putih (hiris)
1 cm halia (hiris)
2 sb rempah kari daging
1 sk serbuk ketumbar
½ sk serbuk jintan putih
½ sk serbuk jintan manis
1 ½ sb cili kisar/cili boh
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
3 tangkai daun kari (lurutkan dari tangkai)

- tumis bwg besar,bwg putih dan halia smpai wangi
- masukkan cili kisar/cili boh dan tumis garing sampai pecah minyak
- masukkan daun kari dan bancuhan rempah (bancuh dgn sedikit air semua serbuk dan rempah)..tumis sekejap
- masukkan sos tiram dan kicap manis dan gaul sebati dan tmbh sedikit air serta perasakan garam/gula
- last sekali baru masukkan telur rebus yg dh digoreng td dan gaul sebati dan siap...


AYAM GORENG DGN KENTANG




1 ekor ayam (potong ikut suka dan goreng garing cam biasa)
2 biji bawang holland (potong bulat)
5 biji cili api (diketuk)
6 biji kentang (buang kulit dan potong 6)
Secukup rasa

- goreng kentang sampai empuk (minyak jgn byk sgt)
- bile kentang dh empuk..masukkan bwg holland dan cili api dan gaul sebati smpai bwg dan cili api layu
- masukkan ayam yg dh goreng td dan secubit serbuk secukup rasa dan gaul sebati dan siap...



Selasa, 16 Jun 2015

ROTI JHON





KEK MARBLE COKLAT


POPIA SIRA PEDAS




SOTONG BAKAR

ANEKA AYAM




STEW AYAM


POPIAH BLACKPAPER




NASI PANDAN AYAM BEREMPAH & AIR EPAL SERAI








NO-BAKE COOKIES



Tsp= teaspoon/sudu teh
Tbsp= tablespoon/sudu makan


Bahan 1:
1 cup- mentega kacang
3/4cup- madu
1/2cup- butter

Bahan 2:
2tsp- esen vanilla
2 1/4cup- quick oat (oat segera)
6tbsp- serbuk koko

Cara-cara:
1. Masak bahan 1 dengan api kecil..kacau sampai semua bahan sebati..JANGAN SAMPAI MENDIDIH..!!...dah nampak asap2 halus tu..terus tutup api..

2. Masukkan bahan 2 ke dalam adunan bahan 1 tadi..kacau sampai semua bahan sebati..

3. Senduk pakai sudu dan letak2 kan je atas dulang mcm sy buat tu...

4. Masukkan dalam peti sejuk sampai agak keras..


*TIPS NAK RASA NIKMAT DIA...GIGIT DAN KEDAP2 MCM MAKAN GULA2 TU..JANGAN GIGIT TERUS KUNYAH MCM MAKAN NASI..MMG RASA LIKAT JE KAT TEKAK...



CHURROS (KUIH BELIMBING)



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara-cara

Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. - tun guna mixer mata cangkuk
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. 
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan! 

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...