Isnin, 25 Julai 2016

NON-BAKED CHEESE CAKE

Bahan :

Biskut Digestive ( Kalo takde,biskut marrie pon boleh )
Buttercup 
Cheese Philadephia 
Buah Peach 
Gelatin 30g 
Susu cair or fresh milk

Memule, ambik biskut tu 3/4 dr peket tu. 
Biskut tu hancurkan & blend pakai blender.Kalo takde blander,tumbuk pakai lesung pon boleh.Asal hancur,kire ok dah.


Blend sampai hancur mcm dalam gambar ni


Next amek butter dalam 125gram,and cairkan.Kalau takde penimbang, agak2 je.Dlm kurang separuh dr pack dia.


Lepas butter cair, gaulkan dengan biskut yang dah siap blend tadi.Gaul bg rata,and padatkan dalam loyang kek yg nak gune.

Lepastu,masukkan dlm fridge kejap dlm 5-10 minit camtu.


Sesambil tunggu base tadi dlm fridge, potong dadu buah peach ni.Dalam sebijik camtu.


Habis potong buah,potong cheese ni bagi saiz yg sesuai untuk dimasukan dalam blender.


Next,blender cheese, buah peach yang da dipotong tadi,and susu cair/susu fresh milk dalam 90Ml..Blender bagi hancur. Tapi blender 80% je hancur buah kalau suke buah tu tak hancur.

Ni tujuan dy,nak bg perase je kat layer cheese tu.Jgn la blend lame sangat.


Dah siap blend,amek 15g gelatin,50ml air dr buah peach tadi (kalau beli buah dlm tin,mesti ade air dia) ,pastu double boil smpai gelatin tu jd jernih.Kejap je ni.dalm 2minit je.

Lepas dah jernih,masukan dalam blender yg ade cheese tadi,and blend kejap bg sebati.Kalau tanak blend,nk kacau pakai spatula pon boleyyy.Takde masalah.


Next,tuang layer cheeese tu kat atas base cake tadi.Lepas tuang, bg dia rilex dlm fridge 5-10 min lagi.


Okay.Lepas 5-10 min,ko Susun buah peach kat atas cheese tu tadi.

Lepas susun,double boil another 15g gelatin,dengan 150ml air buah peach tu tadi.Bile dah jernih,tuang atas lapisan cheese & buah peach tadi.

Bia cool kejap,then masuk fridge.


ok, now siap





kredit to : fb/resepi sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...