Isnin, 25 Julai 2016
RISOLLES
Sediakan inti. Tumis bawang putih bersama lada sulah . Bila naik bau masukkan kentang dadu dan lobak merah dipotong dadu dan juga potongan ayam. Masukkan garam dan masak sehingga kentang dan lobak lembut..kemudian pecahkan telur
Ini kulit risolle. Campurkan tepung gandum 1/2 kg dengan 1 bj telor, 1/4 cawan susu cair dan sedikit garam, air secukupnya dan butter 2sdb. Kepekatan seperti membuat roti jala. Dadarkan atas pan. Bila dah mcm dalam gambar boleh angkat.
Letakkan inti atas dadar tadi
Gulung macam ni
Ni yang dah siap. Kemudian celupkan dalam telur yang dah dipukul kemudian golekkan dalam serbuk roti.
Gorengkan. Sedap dimakan panas2 dengan cili padi atau pun cili sos. Kalau nak freeze kan pun boleh:)
Selamat mencuba!
kredit to : fb/lina hadi/masak apa hari ini
AYAM GORENG HOT & SPICY
bahan2 :
ayam
cili kering
serbuk cili
serbuk kari daging
lada hitam
secukup rasa maggi
garam
telur
tepung gandum
tepung beras
cili tu sy basuh n goreng garing bg rapuh mcam kropok. nanti senang nak lumatkan, guna tangan je. klau x liat.. boleh gnti dgn chilli flakes klau ada
bahan perap..
2 sd srbuk cili
2 sd rmpah kari daging
1 sd secukup rasa maggi
1 sd lada hitam
sdekit garam
10 tgkai cili kering lumat. lbih lg extra pedass
perap lg lama, lg sedap meresap ke tulang tu... pecah kn telur 3 bji n gaul skali dgn perapan tu..
utk tepung.. sy sukat kan tepung gandum 2 sd, tepung beras 10 sd, skali kn dlam bekas. lumur ayam td sebati dgn tepung n bru la goreng.. sy guna periuk urk cpat masak n skata jer.. dlam 15 mnit jer dah masak.. n pstkn mnyak btul2 pnass mdidih tuu
ayam dah tmbul dah kurg mrncik mnyak , kira masak la tu. tebalik kn skkejap utk garing smula bhgian atas tu n bru akat tpis.. bgitu la sterus nya smpai hbis.
kredit to : fb/muhairy ery/resepi sedap
POPIA CENDAWAN CHEESE
Cendawan 1 tin + isi ayam + sosej
1 biji bawang
Tumis bawang smpai naik bau ...
Masuk kan cendawan , isi ayam dan sosej
Kacau2 sikit biar semua cukup masak ...
Masuk kan cream cendawan ... Kacau rata ... Xpayah letka garam sb dah masin ....
Agak dah sebati semua masukan sedikit cheess ... Gaul rata tutup api ...
Tadaaaa siap ... Biar kan sejuk ... Boleh makan .. Pau , roti , popia , samosa semua boleh hehe
Cheddar potong ikut kesukaan ...
Kulit popia + inti cendawan + cheess ...
Untuk lekat2 kn kulit hujung supaya x terbuka bancuh tpg gandum dan sedikit air ...
Goreng dengan minyak sederhana hingga kuning keemasan
Siap
kredit tu : fb/kienaah hamzah/resepi sedap
NON-BAKED CHEESE CAKE
Bahan :
Biskut Digestive ( Kalo takde,biskut marrie pon boleh )
Buttercup
Cheese Philadephia
Buah Peach
Gelatin 30g
Susu cair or fresh milk
Memule, ambik biskut tu 3/4 dr peket tu.
Biskut tu hancurkan & blend pakai blender.Kalo takde blander,tumbuk pakai lesung pon boleh.Asal hancur,kire ok dah.
Blend sampai hancur mcm dalam gambar ni
Next amek butter dalam 125gram,and cairkan.Kalau takde penimbang, agak2 je.Dlm kurang separuh dr pack dia.
Lepas butter cair, gaulkan dengan biskut yang dah siap blend tadi.Gaul bg rata,and padatkan dalam loyang kek yg nak gune.
Lepastu,masukkan dlm fridge kejap dlm 5-10 minit camtu.
Sesambil tunggu base tadi dlm fridge, potong dadu buah peach ni.Dalam sebijik camtu.
Habis potong buah,potong cheese ni bagi saiz yg sesuai untuk dimasukan dalam blender.
Next,blender cheese, buah peach yang da dipotong tadi,and susu cair/susu fresh milk dalam 90Ml..Blender bagi hancur. Tapi blender 80% je hancur buah kalau suke buah tu tak hancur.
Ni tujuan dy,nak bg perase je kat layer cheese tu.Jgn la blend lame sangat.
Dah siap blend,amek 15g gelatin,50ml air dr buah peach tadi (kalau beli buah dlm tin,mesti ade air dia) ,pastu double boil smpai gelatin tu jd jernih.Kejap je ni.dalm 2minit je.
Lepas dah jernih,masukan dalam blender yg ade cheese tadi,and blend kejap bg sebati.Kalau tanak blend,nk kacau pakai spatula pon boleyyy.Takde masalah.
Next,tuang layer cheeese tu kat atas base cake tadi.Lepas tuang, bg dia rilex dlm fridge 5-10 min lagi.
Okay.Lepas 5-10 min,ko Susun buah peach kat atas cheese tu tadi.
Lepas susun,double boil another 15g gelatin,dengan 150ml air buah peach tu tadi.Bile dah jernih,tuang atas lapisan cheese & buah peach tadi.
Bia cool kejap,then masuk fridge.
ok, now siap
kredit to : fb/resepi sedap
Langgan:
Catatan (Atom)