Ahad, 10 Ogos 2014

SIZZLING MEE




hahaha.....akhirnya.....
dapat jugak resepi sizzling mee  ni.... waaaa...sedap...jusco sizzling memang terbaekk and now dah ada resipi boleh buat sendiri memandangkan batu pahat tak ade jusco kan...tak kan nak ke jb semata-mata nak makan sizzling kan...mengada sangat lah..

ok now, come i share resepi yg i dapat dengan uolls...

::Bahan2 Mee::

200gm mi kuning leper
2 ulas bawang putih-diketuk dan di cincang
Sedikit minyak bijan


::Bahan2 Kuah::
(A)
3 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih –dicincang kasar
50 gm halia
80gm cili kering
100gm cendawan kering-basuh,dibelah 2 dan direndam
60gm kurma cina-dibelah 2

(B)
100gm sos tiram
30 ml kicap cair
30 ml kicap pekat

(C)
200 gm isi ayam- dipotong dadu

(D)
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil gula
1sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

(E)
1 liter air rebusan ayam (stok ayam)

(F)
Campuran air tepung jagung
(1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air)

(G)
Hidangan bersama
1 biji telur
100gm sawi-dicelur dan ditoskan air
60gm daun bawang/sup-dihiris halus
30gm bawang goreng-ditabur sebagai hiasan
Hirisan cili jeruk
Sedikit minyak bijan


::Cara penyediaan::
• Panaskan minyak dalam periuk,masukkan bawang putih,halia,dancili hingga kekuningan. Selepas itu masukkan semua baki bahan A.Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit minyak.
• Masukkan bahan B,C,D dan E.Masak hingga betul2 mendidih.Akhir sekali baru masukkan air campuran tepung jagung

::Cara penyediaan Mee::
• Cuci mee dan toskan.Panaskan “hot plate” sizzling dan tuangkan sedikit minyak bijan. Tumis sekejap bawang putih dan masukkan mee. Gaulkan seketika dan ketepikan
• Tuangkan kuah yang telah masak tadi ke atas mee dan pecahkan telur di tepi kuah.
• Hiaskan dengan bahan perhiasan lain.
• Akhir sekali,siram dengan sedikit minyak bijan sebelum diangkat untuk dihidangkan.

.


ok uolls and iolls, selamat mencuba



cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...