Rabu, 13 Ogos 2014

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

since i dah beli microwave baru ni (haa, nada riak + jakun gituu) banyak pulak nak try resepi roti2 chesse ni... bertambah tripple xl la size i...

sekarang ni dah dapat resepi nak buat menu baru..ha jom try..mcm biasa la, try and error..

Bahan bahan:
12 kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
8 kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

Untuk Inti:
300g daging cincang @ 4 kpg dading burger dihancurkan
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam dan gula
minyak

Cara cara:
Untuk inti : Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan daging, goreng hingga daging empuk.
Masukkan perencah black paper dengan sedikit air. Masak sehingga daging masak dan kering.
ketepikan n biar sejuk.

Untuk Roti lapis : Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega. Gaul telur dengan susu sehingga sebati
Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
Tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti dan ratakan. Susun slice cheese keatas daging.
Tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama
Akhir sekali tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
Jika ada lebihan telur siram diatas roti .
Bakar dalam oven pada suhu 180c lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.


ok and selamat mencuba uolls and iools


cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...