Khamis, 18 Jun 2015

NASI PUTIH AYAM PANGGANG & PUDING MANGGA



Resipi ayam panggang:

4 batang peha ayam
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu besar sos bbq
1 inci halia, ditumbuk lumat
3 biji bawang putih, ditumbuk lumat

Cara buat:

1. Perap semua bahan dengan ayam selama 30 minit.

2. Bakar dalam pemanggang ajaib/skillet/non stick pan hingga masak.


Resipi puding mangga:

5 gm serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula
200 ml susu segar
1 cawan puri mangga
1 cawan mangga, potong dadu

Cara membuatnya:

1. Panaskan serbuk agar-agar, air & gula hingga larut dan mendidih. Tutup api.

2. Tuang susu sambil kacau perlahan-lahan. 

3. Masukkan puri mangga & mangga yang telah didadu. Kacau lagi. 

4. Tuang dalam bekas berbentuk, bekas/balang kaca mengikut kreativiti dan bentuk yang anda mahukan. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais 




cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...