kat bazar ayer hitan, johor ni la first time ai jumpa kuih ni...nk makan mula2 takut sebab kuah dia putih..konfuis susu ke santan...ai tak minum susu masalahnya...kalau santan takut sikit nak makan sbab takut gemok..hahaha tp sebab hati ni nak sgt try..mcm megnet tgn ni..main capai je sbb iolls tau mst sedap sbb makcik ni pny masakan mmg sedap...maklumlah itula kelebihan orang kelantan... hhaaa... kat sini la ai terjatuh cinta kat kuih ni..nak buat xreti...nak cari kat kedai pon susah nak jumpa...la ni ai dh dapat resepi dia (lupa nama dia yg share resepi tu)...meh la i nak share
ok ni utk hidangan 8 orang
500g tepung pulut
pewarna
santan pekat @ 2 kotak santan instant
daun pandan
gula
garam
air
bahagikan tepung pulut sama rata...depends berapa warna u nak pakai
taburkan garam sikit pd semua bahagian tepung tadi
titiskan pewarna pd tepung td dan curahkan air sikit demi sikit sebab takut terlebih sukatan air..tuang sampai tepung boleh diuli lembut (smpai jadi doh mcm nak buat kuih buah melaka).. uli lebih kurang 3 minit setiap bahagian.
didihkan air....dan bila dh mendidih, cubit kan tepung pulut tadi kecil2 (terpulang nak bentuk camna pon) pada api sederhana.. bila dah timbul tepung tadi, angkat dan terus masuk dalam bekas yang ada air sebab tak nak dia melekat antara 1 sama lain...
untuk kuah:
msak kan santan tadi dan masukkan gula garam dan daun pandan....bila mendidih, masukkan butir tepung tadi...
ok its ready